Haji Omar Said Cokroaminoto (6 Ogos 1882 - 17 Disember 1934) ialah ketua parti politik Sarekat Islam di Indonesia. Dilahirkan di Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur, Cokroaminoto ialah anak kedua daripada 12 orang adik-beradik. Ayahnya, R. M. Cokroamiseno, seorang pegawai pemerintahan, manakala datuknya, R. M. Adipati Cokronegoro, pernah menjawat bupati Ponorogo.
Pada bulan Mei 1912, Chokroaminoto menyertai pertubuhan Sarekat Dagang Islam yang telah diharamkan oleh pihak berkuasa, akibat sebuah rusuhan anti-Cina pada awal tahun tersebut. Pertubuhan itu mendaftarkan semula sebagai "Sarekat Islam" pada bulan September, dan Chokroaminoto dilantik sebagai ketuanya.
Sebagai salah satu pelopor pergerakan nasional, Cokroaminoto mempunyai tiga orang pengikut yang kemudian mewarnai politik Indonesia, yaitu Sukarno, ahli nasionalisme, Semaun, ahli sosialis, dan Kartosuwiryo, ahli agama.Chokroaminoto wafat pada tahun 1934 dan dikebumikan di TMP Pekuncen, Yogyakarta. Salah satu kata-kata mutiaranya yang masyhur adalah: " Setinggi-tinggi ilmu, semurni-murni tauhid, sepintar-pintar siasat". wikipedia
HOS Cokro Aminoto, Mercusuar Syareat Islam di Indonesia
Iqraku / Kata Islam
0 comments:
Post a Comment